Wednesday, December 2, 2009

Harga Gula Bakal Naik

GULA.., harganya akan naik tahun depan..,
disebabkan oleh gesaan sesetengah pihak..,
yang mahu mengurangkan penggunaan gula kepada penduduk Malaysia..,
maka cara yang paling baik boleh difikirkan ialah melalui kenaikkan harga.

Melalui satu siaran buletin hari ini,
bahawa kementerian yang berkenaan juga bersetuju dengan cadangan tersebut..,
seperti biasa untuk lebih menyedapkan cerita..,
disertakan sekali senarai harga gula negara serantau.

Adakah dengan menaikkan harga..,
tahap penggunaan akan berkurangan.

adakah ia mahu menjadi seperti rokok..,
menaikkan harga hampir setiap tahun..,
tapi kesannya..?

apakah kesan terhadap kenaikkan harga gula,
terhadap barangan yang berkaitan dengannya..,
tentunya harga barangan tersebut akan naik.

Monday, November 9, 2009

Bina Badan Vs Hoki

Tahniah buat Sazali Samad.
Buat kali kelima..,
jaguh bina badan negara Sazali Samad meraih gelaran Mr Universe.
Beliau meraih kejayaan itu..,
pada Kejohanan Bina Badan Dunia di Dubai.
Sazali Samad bertanding dalam kategori 65 kilogram.

Sementara skuad hoki negara,
hanya meraih satu menang dan satu seri..,
dalam dua perlawanan awal..,
Pada kelayakan hoki Piala Dunia..,
Malaysia hanya menang 2-1 dengan Wales.
dan hanya seri dengan pasukan Austria 2-2.
Masih ada sedikit harapan walaupun tidak cerah.

satu sukan tidak ada jurulatih khas..,
satu sukan ada pasukan khas termasuk chef.

TUNJUKKAN KESUNGGUHAN BUKAN ALASAN

Wednesday, November 4, 2009

Gerombolan Wira Merah

Setelah menanti selama 40 tahun..,
inilah masanya yang paling sesuai..,
untuk mendakap dan menyimpan Piala Malaysia..,
di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Dikhabarkan, segala jenis pengangkutan...,
menuju ke Bukit Jalil hujung minggu ini..,
motosikal,kereta, van,bas serta kapal terbang..,
semuanya kelihatan merah.

Kerajaan negeri Kelantan juga ada menawarkan sesuatu..,
pastinya sesuatu yang istimewa jika menang.

Gomo Kelate Gomo
Hoben Jang Hoben

gomolah dan hobenlah..,
jangan lupa semangat kesukanan..,
kerana antara mereka dah ada cerita lama.

Tuesday, November 3, 2009

Tanah Runtuh Lagi

Jalan tutup sehari....,
Melawatlah seorang menteri....
kajian akan diperinci..,
pembangunan akan dihenti..,
adakah itu sekadar janji..,
nasib baik tak ada yang mati..,
kalau tidak, tunding sana sini.

Sunday, November 1, 2009

Potong RM100 - Mogok

Lebih 100 orang pekerja satu syarikat pengangkutan awam di Kelantan..,
hari ini menjalankan mogok dari pukul 6 pagi hingga 12.15 tengahari..,
ini adalah disebabkan oleh gaji mereka telah dipotong RM100..,
tanpa diberikan penjelasan oleh pihak pentadbiran..,
dan diberitakan juga slip gaji mereka masih tidak diperolehi sejak bulan tujuh lagi.

Ingatkan selepas kenaikkan harga tambang perkhidmatan awam sejak Ogos lalu..,
pihak pentadbiran akan menaikkan gaji pemandu..,
ini memotong gaji para pemandu.
Maka bertambah 'baik' lah taraf pengangkutan awam di Malaysia.

Biasanya, golongan pekerja bawahan sering menjadi mangsa..,
jarang benar terdengar bunyi pekerja atasan ditindas..,
mungkin kerana bilangan atasan yang sedikit..,
mungkin mendapat segala kemudahan yang dijanjikan.

Seperti juga pemain bolasepak negeri..,
hanya pemain sahaja yang tidak dibayar beberapa bulan gaji..,
manakala pihak pengurusan tidak pula ada masalah tentang gaji.

JANGAN FIKIR DIRI SENDIRI.

Sunday, October 25, 2009

Bajet 2010 - Pertanian 6 Billion

Sektor pertanian mendapat peruntukan yang besar..,
setiap tahun ada peningkatan dalam peruntukkan..,
tahun depan dapat lagi 6 billion..,
satu jumlah yang besar.

biasanya peruntukkan untuk pertanian tidak pernah habis..,
setiap tahun terdapatnya lebihan..,
tahun ini Agrobank masih ada lagi 2 bilion..,
ini sudah penghujung bulan Oktober.

tidak ada orang mintak..?
orang kurang berminat atau apa..?
bidang pertanian tidak glamour..?

masalahnya, terlalu ramai yang berminat..,
tetapi begitu sukar untuk mendapat peruntukkan..,
bermacam syarat yang diperlukan..,
bermacam karenah yang perlu dilalui..,
masa banyak yang terbuang naik turun..,
tetapi dapat belum tentu.

jika ada pengalaman selama 10 tahun belum tentu dapat..,
perlu ada cagaran sekurang 70% dari nilai tanah..,
berapa kerat yang ada tanah beratus ekar..,
yang ada cuma sekangkang kera..,
serta tenaga, pengalaman dan usaha untuk berjaya.

Biasanya yang mendapat peruntukan dan pinjaman..,
adalah mereka yang ada nama..,
yang sering dilihat bersama..,
tanpa perlu adanya banyak karenah dan usaha..,
hasilnya peruntukkan yang diberi entah kemana.

Turunlah ke padang dan ke bendang..,
kepada mereka yang berkidmat dalam pertanian..,
jangan masa menteri datang baru nak tunjuk muka..,
dan menyatakan itu ini adalah usaha jabatan.

sepatutnya bidang pertanian dah lama maju..,
jangan setiap kali kita menunding kepada petani..,
bila sesuatu usaha tidak berjaya.

Wednesday, October 21, 2009

Jual Belacan Kena Denda

Jangan main-main sekarang jual belacan pun kena denda..,
jual tiga bungkus belacan denda RM600..,
kerana kandungan protein yang kurang dalam belacan..,
dah jadi macam cerita Ali Baba Bujang Lapok la pulak..,

lepas ni siapa nak jual belacan kena tengok protein..,
macamana nak tahu kandungan protein..,
bagaimana nak ukur kandungan protein lebih 25%..,
boleh ke ditimbang atau diukur oleh mata kasar ..,

ada ke sesiapa yang beli belacan ambil tahu hal ni..,
yang pasti janji bentuk macam belacan..,
dan bila buat sambal rasa memang belacan..,
tak der orang nak hirau berapa peratus kandungan protein..,

bagaimana dengan barang makanan lain..,
kicap, budu, cencalok, tempoyak..,

bagaimana pula dengan gula, susu, beras..,
berapa peratus tahap kemanisan..,
ataupun berapa peratus tahap kabohidrat.