Lebih 100 orang pekerja satu syarikat pengangkutan awam di Kelantan..,
hari ini menjalankan mogok dari pukul 6 pagi hingga 12.15 tengahari..,
ini adalah disebabkan oleh gaji mereka telah dipotong RM100..,
tanpa diberikan penjelasan oleh pihak pentadbiran..,
dan diberitakan juga slip gaji mereka masih tidak diperolehi sejak bulan tujuh lagi.
Ingatkan selepas kenaikkan harga tambang perkhidmatan awam sejak Ogos lalu..,
pihak pentadbiran akan menaikkan gaji pemandu..,
ini memotong gaji para pemandu.
Maka bertambah 'baik' lah taraf pengangkutan awam di Malaysia.
Biasanya, golongan pekerja bawahan sering menjadi mangsa..,
jarang benar terdengar bunyi pekerja atasan ditindas..,
mungkin kerana bilangan atasan yang sedikit..,
mungkin mendapat segala kemudahan yang dijanjikan.
Seperti juga pemain bolasepak negeri..,
hanya pemain sahaja yang tidak dibayar beberapa bulan gaji..,
manakala pihak pengurusan tidak pula ada masalah tentang gaji.
JANGAN FIKIR DIRI SENDIRI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment