Sunday, October 25, 2009

Bajet 2010 - Pertanian 6 Billion

Sektor pertanian mendapat peruntukan yang besar..,
setiap tahun ada peningkatan dalam peruntukkan..,
tahun depan dapat lagi 6 billion..,
satu jumlah yang besar.

biasanya peruntukkan untuk pertanian tidak pernah habis..,
setiap tahun terdapatnya lebihan..,
tahun ini Agrobank masih ada lagi 2 bilion..,
ini sudah penghujung bulan Oktober.

tidak ada orang mintak..?
orang kurang berminat atau apa..?
bidang pertanian tidak glamour..?

masalahnya, terlalu ramai yang berminat..,
tetapi begitu sukar untuk mendapat peruntukkan..,
bermacam syarat yang diperlukan..,
bermacam karenah yang perlu dilalui..,
masa banyak yang terbuang naik turun..,
tetapi dapat belum tentu.

jika ada pengalaman selama 10 tahun belum tentu dapat..,
perlu ada cagaran sekurang 70% dari nilai tanah..,
berapa kerat yang ada tanah beratus ekar..,
yang ada cuma sekangkang kera..,
serta tenaga, pengalaman dan usaha untuk berjaya.

Biasanya yang mendapat peruntukan dan pinjaman..,
adalah mereka yang ada nama..,
yang sering dilihat bersama..,
tanpa perlu adanya banyak karenah dan usaha..,
hasilnya peruntukkan yang diberi entah kemana.

Turunlah ke padang dan ke bendang..,
kepada mereka yang berkidmat dalam pertanian..,
jangan masa menteri datang baru nak tunjuk muka..,
dan menyatakan itu ini adalah usaha jabatan.

sepatutnya bidang pertanian dah lama maju..,
jangan setiap kali kita menunding kepada petani..,
bila sesuatu usaha tidak berjaya.

Wednesday, October 21, 2009

Jual Belacan Kena Denda

Jangan main-main sekarang jual belacan pun kena denda..,
jual tiga bungkus belacan denda RM600..,
kerana kandungan protein yang kurang dalam belacan..,
dah jadi macam cerita Ali Baba Bujang Lapok la pulak..,

lepas ni siapa nak jual belacan kena tengok protein..,
macamana nak tahu kandungan protein..,
bagaimana nak ukur kandungan protein lebih 25%..,
boleh ke ditimbang atau diukur oleh mata kasar ..,

ada ke sesiapa yang beli belacan ambil tahu hal ni..,
yang pasti janji bentuk macam belacan..,
dan bila buat sambal rasa memang belacan..,
tak der orang nak hirau berapa peratus kandungan protein..,

bagaimana dengan barang makanan lain..,
kicap, budu, cencalok, tempoyak..,

bagaimana pula dengan gula, susu, beras..,
berapa peratus tahap kemanisan..,
ataupun berapa peratus tahap kabohidrat.

Monday, October 19, 2009

16 Sept 2010

Bertambah lagi cuti sehari..,
rasanya dah banyak sangat dah cuti..,

Monday, October 12, 2009

Gaduh Melayu (Pilihanraya)


Orang Melayu, sebagaimana biasa, susah berorganisasi.

Bukannya fokus pada ikhtiar untuk mencapai tujuan dan memenangkan persaingan tetapi sebaliknya mereka gemar sekali berpolitik sesama mereka sendiri.

Tidak terima jika diperbetulkan dan ada jarang ada yang mahu menilai diri sendiri.

Di antara mereka selalu sahaja berbeza pendapat dan mereka gembira dengan pertengkaran yang tidak membina.

Tidak mengapa tujuan tidak tercapai asal tidak jatuh nama dalam perdebatan.

Dan selalu terjadi suatu gejala yang paling umum iaitu : yang paling bodoh dan paling tidak berpendidikan adalah paling lantang dan paling pintar kalau berbicara.

Jika orang Melayu membentuk sebuah pasukan maka setiap orang ingin menjadi pemimpin.

Akhirnya pasukan yang mantap tidak pernah terbentuk.

Hasil yang dibawa pulang hanya tubuh yang remuk redam.


Lasykar Pelangi-230.

Thursday, October 8, 2009

Guru Besar Di Saman

Sudah...,
tak pasal-pasal kena saman.., macam-macam la bila kita
jadi ketua.., tak semua orang akan puas hati dengan kita..,
dan kekadang kita sendiri membuat keputusan berdasarkan
peribadi bukannya profesional.

Ingatlah, bila kita berkuasa ada lagi orang yang berkuasa
daripada kita..,hidup ini tidak semestinya sentiasa di atas..,
dan kita bukan hidup berdua dengan orang yang kita tak suka
atau yang kita suka sahaja.

BERILMU BERBAKTI

Monday, October 5, 2009

Bagan Lalang

Alangkah bertuahnya penduduk setempat..,
jika semua wakil rakyat berkhidmat seperti mereka
yang mahu bertanding dalam pilahanraya..,

kebanyakkan wakil rakyat hanya muncul ketika mereka
memerlukan sesuatu setiap empat atau lima tahun sekali..,
selepas itu hilang tanpa berita tanpa dapat dikesan oleh radar..,

bagaimana mereka mampu meluangkan masa
ketika pilihan raya tetapi tidak pada masa yang lain..,
sibuk sangatkah untuk meluangkan masa seminggu sekali..,
jika tidak pun sebulan sekali..,
paling teruk pun setahun sekali..,

jika sebelum pilihanraya mereka mampu berjalan
keliling kampung sambil menyapa mesra dan bersalam-salaman..,
serta melawat orang sakit dan memberi
sumbangan kepada yang memerlukan..,
tetapi mengapa selepas pilihanraya,
tidak dilakukan perkara yang sama..,
apakah tidak ada lagi orang yang memerlukan pertolongan..,
ataupun pihak media tidak menghebahkan..,

BERKHIDMATLAH DENGAN IKHLAS

Friday, October 2, 2009

7.6 Skala Ritcher

Kejadian gempa yang berlaku di Padang Sumatera
telah dianggarkan mengorbankan 770 orang dan
angka ini akan semakin bertambah apabila banyak
lagi mayat yang tertimbus ditemui apabila usaha
menyelamat dijalankan.

Usaha menyelamat tidak hanya dilakukan oleh
pihak Indonesia sahaja tetapi dari negara yang prihatin.
Negara pertama yang sampai untuk usaha
menyelamat adalah Jepun yang kedua adalah
Korea Selatan.

Kerajaan Malaysia telah menyediakan penerbangan
pulang kepada para pelajar kita disana dan mereka
telah selamat sampai termasuk seorang yang cedera.

Thursday, October 1, 2009

Ops Sikap 20

Setipa kali musim perayaan akan diadakan,
apa yang dinamakan Ops Sikap..,
tujuannya adalah untuk mengurangan
kadar kemalangan serta kematian akibat
daripada kemalangan pada musim perayaan.

Tetapi apa yang amat menyedihkan..,
perangkaan mendapati kadar kematian dan kemalangan
meningkat berbanding musim raya tahun lepas.

pada ops sikap 20 ni telah mencatatkan
lebih 16,000 kemalangan..,
sementara lebih kurang 150,000 saman..,
dan 261 kematian dicatatkan berbanding,
208 kematian pada Ops sikap 17 ,
pada aidilfitri tahun lepas.

apa yang tidak kena dan apa sebabnya..,


PANDU DENGAN CERMAT.