Wednesday, June 16, 2010

Siapa Dulu Makan Gula

Setelah berminggu masalah antara
kementerian dan persatuan peruncit..,
akhirnya kerajaan mengistiharkan
'menang-menang' bukannya seri.

Ternyata persatuan peruncit tidak
berganjak dengan dengan keputusan
untuk memboikot penjualan gula,
minyak masak dan tepung sekiranya kerajaan
tidak membuat keadaan yang didakwa 'menang-menang'.

Mengapa pihak yang mendakwa
persatuan peruncit yang mempunyai
kira-kira 1200 ahli dan tidak sampai 800
yang aktif, perlu mengigil dan menyangkal persatuan
mengatakan mereka ada 18,000 ahli.

 Banyak masa hanya bermesyuarat
dihabiskan untuk menurunkan kadar 'ugutan'
seakan kepada  'rayuan' yang tidak diambil pusing
oleh persatuan yang hanya bersidang sekali
sahaja dan menetapkan tidak akan tunduk
jika situasi 'menang-menang' tidak menyebelahi mereka.

Biar lebih makan gula, jangan di gula-gula.

No comments:

Post a Comment