Wednesday, October 21, 2009

Jual Belacan Kena Denda

Jangan main-main sekarang jual belacan pun kena denda..,
jual tiga bungkus belacan denda RM600..,
kerana kandungan protein yang kurang dalam belacan..,
dah jadi macam cerita Ali Baba Bujang Lapok la pulak..,

lepas ni siapa nak jual belacan kena tengok protein..,
macamana nak tahu kandungan protein..,
bagaimana nak ukur kandungan protein lebih 25%..,
boleh ke ditimbang atau diukur oleh mata kasar ..,

ada ke sesiapa yang beli belacan ambil tahu hal ni..,
yang pasti janji bentuk macam belacan..,
dan bila buat sambal rasa memang belacan..,
tak der orang nak hirau berapa peratus kandungan protein..,

bagaimana dengan barang makanan lain..,
kicap, budu, cencalok, tempoyak..,

bagaimana pula dengan gula, susu, beras..,
berapa peratus tahap kemanisan..,
ataupun berapa peratus tahap kabohidrat.

No comments:

Post a Comment