Setelah berminggu masalah antara
kementerian dan persatuan peruncit..,
akhirnya kerajaan mengistiharkan
'menang-menang' bukannya seri.
Ternyata persatuan peruncit tidak
berganjak dengan dengan keputusan
untuk memboikot penjualan gula,
minyak masak dan tepung sekiranya kerajaan
tidak membuat keadaan yang didakwa 'menang-menang'.
Mengapa pihak yang mendakwa
persatuan peruncit yang mempunyai
kira-kira 1200 ahli dan tidak sampai 800
yang aktif, perlu mengigil dan menyangkal persatuan
mengatakan mereka ada 18,000 ahli.
Banyak masa hanya bermesyuarat
dihabiskan untuk menurunkan kadar 'ugutan'
seakan kepada 'rayuan' yang tidak diambil pusing
oleh persatuan yang hanya bersidang sekali
sahaja dan menetapkan tidak akan tunduk
jika situasi 'menang-menang' tidak menyebelahi mereka.
Biar lebih makan gula, jangan di gula-gula.
Wednesday, June 16, 2010
Thursday, February 18, 2010
Orang Terkaya 2009
Ternyata ekonomi mampu menguasai politik..,
mampukah politik menguasai ekonomi.
8+11+20+21+30+34+35+40 lebih kurang nombor 4.
ekonomi = wang
politik = wang ?
Duit hanya mampu membeli makanan..,
duit tidak mampu membeli selera makan.
Ada orang memberi apa yang mereka ada..,
sesetengahnya menuntut apa yang mereka tiada.
dengan harta mampu membeli kuasa..,
dengan kuasa mampukah membeli harta.

Friday, February 12, 2010
Kapal Selam
Kapal selam yang berharga RM3.4 bilion mengalami masalah teknikal buat kali kedua semenjak diterima 3 September 2009.
Belian yang berbaloi-baloi.., tak sampai setengah tahun rosak dua kali..,banyak kos yang terpaksa ditanggung.., wang ringgit,tenaga, masa dan lain-lain.
Kapal selam yang tak boleh menyelam...,seperti kapal terbang yang tak boleh terbang.
Ada akal, boleh pakai.

Wednesday, January 20, 2010
Muflis
Berita yang agak menyedihkan bagi seorang ibu apabila diisytiharkan muflis apabila seseorang menggunakan kad pengenalan beliau yang hilang untuk membeli kereta yang bernilai lebih RM160,000.
Mengapakah kakak ini yang dimufliskan akibat kesilapan orang lain.., apakah pihak bank tidak membuat siasatan apabila seorang peminjam untuk membuat pinjaman. Kenapa pihak bank tidak mengambil tindakan terhadap penjual kereta yang menjadi orang tengah.
Terlalu banyak prosuder yang perlu dilakukan untuk membuat pinjaman melebihi 100k.., slip gaji, borang EA, penyata KWSP, pengesahan dari majikan, pengesahan dari pasangan dan sebagainya.
Apakah komplot yang sebegini sering berlaku dan untuk membuat jalan pintas pihak bank mencari penama tanpa merujuk kepada silap sendiri. Banyak pihak yang telah menjadikan orang lain susah untuk menyenangkan diri sendiri.
Thursday, January 14, 2010
40,000 Orang India Hilang
Hampir 40,000 orang dari negara India yang datang ke Malaysia telah didapati 'hilang' dan tidak dapat dikesan. Mereka yang hilang adalah mereka yang masuk secara sah, itu belum dikira jika ada yang masuk secara tidak sah lagi.
Adakah mereka ini terlalu cekap di tempat yang masih lagi hijau kepada mereka sehinggakan pihak yang berkenaan yang dilahirkan dan dibesarkan serta dilatih mengenai selok belok di negara ini tidak mampu mengesan mereka.
Mungkin untuk mencari 40,000 orang di antara warga yang menghampiri 28 juta orang penduduk agak sukar.
Mungkin untuk mencari 40,000 orang di antara warga yang menghampiri 28 juta orang penduduk agak sukar.
Itu baru orang India, belum lagi dari negara China, Indonesia, Thailand, Myanmar, Vietnam, Kemboja, Filipina, Bangladesh , Nepal, Pakistan, Afrika dan sikit-sikit dari negara lain.
Kalau satu negara dah 40k orang, jika 10 negara dah berapa.
Kalau satu negara dah 40k orang, jika 10 negara dah berapa.
Apakah mencari mereka yang hilang ini sesukar mencari seekor semut hitam diatas batu hitam di malam yang gelap gelita.
Apa sebenarnya yang tak kena?
Apa sebenarnya yang tak kena?
Tuesday, January 5, 2010
20 sen = RM0.20
Sempena malam tahun baru..,
harga gula telah dinaikkan sebanyak 20 sen sekilo..,
maka pada siang nya pula kebanyakkan harga minuman
yang selalu dibelidengan harga RM1 secawan..,
telah dinaikkan menjadi RM1.20.
Ada yang bersungut..,
ada buat tak tahu sahaja..,
kerana pada perkiraan pembeli
lambat laun harga tetap akan dinaikkan..,
hanya masa yang menentukan.
Ada yang mengatakan kenaikkan harga gula yang tak seberapa,
tak menjejaskan harga pasaran barangan yang berkaitan dengan gula..,
tetapi jika dilihat misalnya,
dalam air minuman bukan semata-mata gula yang mereka gunakan.
Perasa yang mereka gunakan ada mengandungi gula..,
jika harga gula meningkat tak kan bahan perasa,
yang pelbagai tidak dinaikkan harga..,
siapa yang mahu rugi.
Semoga tujuan pihak yang berkenaan ,
untuk mengurangkan penggunaan gula setiap rakyat tercapai.

Friday, January 1, 2010
Selamat Tahun Baru 2010
Semoga tahun baru, dengan azam yang baru..,
akan tercapai sebelum tahun baru yang akan datang.
akan tercapai sebelum tahun baru yang akan datang.
Wednesday, December 2, 2009
Harga Gula Bakal Naik
GULA.., harganya akan naik tahun depan..,
disebabkan oleh gesaan sesetengah pihak..,
yang mahu mengurangkan penggunaan gula kepada penduduk Malaysia..,
maka cara yang paling baik boleh difikirkan ialah melalui kenaikkan harga.
Melalui satu siaran buletin hari ini,
bahawa kementerian yang berkenaan juga bersetuju dengan cadangan tersebut..,
seperti biasa untuk lebih menyedapkan cerita..,
disertakan sekali senarai harga gula negara serantau.
Adakah dengan menaikkan harga..,
tahap penggunaan akan berkurangan.
adakah ia mahu menjadi seperti rokok..,
menaikkan harga hampir setiap tahun..,
tapi kesannya..?
apakah kesan terhadap kenaikkan harga gula,
terhadap barangan yang berkaitan dengannya..,
tentunya harga barangan tersebut akan naik.

Monday, November 9, 2009
Bina Badan Vs Hoki
Tahniah buat Sazali Samad.
Buat kali kelima..,
jaguh bina badan negara Sazali Samad meraih gelaran Mr Universe.
Beliau meraih kejayaan itu..,
pada Kejohanan Bina Badan Dunia di Dubai.
Sazali Samad bertanding dalam kategori 65 kilogram.
Sementara skuad hoki negara,
hanya meraih satu menang dan satu seri..,
dalam dua perlawanan awal..,
Pada kelayakan hoki Piala Dunia..,
Malaysia hanya menang 2-1 dengan Wales.
dan hanya seri dengan pasukan Austria 2-2.
Masih ada sedikit harapan walaupun tidak cerah.
satu sukan tidak ada jurulatih khas..,
satu sukan ada pasukan khas termasuk chef.
TUNJUKKAN KESUNGGUHAN BUKAN ALASAN

Wednesday, November 4, 2009
Gerombolan Wira Merah
Setelah menanti selama 40 tahun..,
inilah masanya yang paling sesuai..,
untuk mendakap dan menyimpan Piala Malaysia..,
di negeri Cik Siti Wan Kembang.
Dikhabarkan, segala jenis pengangkutan...,
menuju ke Bukit Jalil hujung minggu ini..,
motosikal,kereta, van,bas serta kapal terbang..,
semuanya kelihatan merah.
Kerajaan negeri Kelantan juga ada menawarkan sesuatu..,
pastinya sesuatu yang istimewa jika menang.
Gomo Kelate Gomo
Hoben Jang Hoben
gomolah dan hobenlah..,
jangan lupa semangat kesukanan..,
kerana antara mereka dah ada cerita lama.

Tuesday, November 3, 2009
Tanah Runtuh Lagi
Jalan tutup sehari....,
Melawatlah seorang menteri....
kajian akan diperinci..,
pembangunan akan dihenti..,
adakah itu sekadar janji..,
nasib baik tak ada yang mati..,
kalau tidak, tunding sana sini.
Melawatlah seorang menteri....
kajian akan diperinci..,
pembangunan akan dihenti..,
adakah itu sekadar janji..,
nasib baik tak ada yang mati..,
kalau tidak, tunding sana sini.
Sunday, November 1, 2009
Potong RM100 - Mogok
Lebih 100 orang pekerja satu syarikat pengangkutan awam di Kelantan..,
hari ini menjalankan mogok dari pukul 6 pagi hingga 12.15 tengahari..,
ini adalah disebabkan oleh gaji mereka telah dipotong RM100..,
tanpa diberikan penjelasan oleh pihak pentadbiran..,
dan diberitakan juga slip gaji mereka masih tidak diperolehi sejak bulan tujuh lagi.
Ingatkan selepas kenaikkan harga tambang perkhidmatan awam sejak Ogos lalu..,
pihak pentadbiran akan menaikkan gaji pemandu..,
ini memotong gaji para pemandu.
Maka bertambah 'baik' lah taraf pengangkutan awam di Malaysia.
Biasanya, golongan pekerja bawahan sering menjadi mangsa..,
jarang benar terdengar bunyi pekerja atasan ditindas..,
mungkin kerana bilangan atasan yang sedikit..,
mungkin mendapat segala kemudahan yang dijanjikan.
Seperti juga pemain bolasepak negeri..,
hanya pemain sahaja yang tidak dibayar beberapa bulan gaji..,
manakala pihak pengurusan tidak pula ada masalah tentang gaji.
JANGAN FIKIR DIRI SENDIRI.

Sunday, October 25, 2009
Bajet 2010 - Pertanian 6 Billion
Sektor pertanian mendapat peruntukan yang besar..,
setiap tahun ada peningkatan dalam peruntukkan..,
tahun depan dapat lagi 6 billion..,
satu jumlah yang besar.
biasanya peruntukkan untuk pertanian tidak pernah habis..,
setiap tahun terdapatnya lebihan..,
tahun ini Agrobank masih ada lagi 2 bilion..,
ini sudah penghujung bulan Oktober.
tidak ada orang mintak..?
orang kurang berminat atau apa..?
bidang pertanian tidak glamour..?
masalahnya, terlalu ramai yang berminat..,
tetapi begitu sukar untuk mendapat peruntukkan..,
bermacam syarat yang diperlukan..,
bermacam karenah yang perlu dilalui..,
masa banyak yang terbuang naik turun..,
tetapi dapat belum tentu.
jika ada pengalaman selama 10 tahun belum tentu dapat..,
perlu ada cagaran sekurang 70% dari nilai tanah..,
berapa kerat yang ada tanah beratus ekar..,
yang ada cuma sekangkang kera..,
serta tenaga, pengalaman dan usaha untuk berjaya.
Biasanya yang mendapat peruntukan dan pinjaman..,
adalah mereka yang ada nama..,
yang sering dilihat bersama..,
tanpa perlu adanya banyak karenah dan usaha..,
hasilnya peruntukkan yang diberi entah kemana.
Turunlah ke padang dan ke bendang..,
kepada mereka yang berkidmat dalam pertanian..,
jangan masa menteri datang baru nak tunjuk muka..,
dan menyatakan itu ini adalah usaha jabatan.
sepatutnya bidang pertanian dah lama maju..,
jangan setiap kali kita menunding kepada petani..,
bila sesuatu usaha tidak berjaya.

Wednesday, October 21, 2009
Jual Belacan Kena Denda
Jangan main-main sekarang jual belacan pun kena denda..,
jual tiga bungkus belacan denda RM600..,
kerana kandungan protein yang kurang dalam belacan..,
dah jadi macam cerita Ali Baba Bujang Lapok la pulak..,
lepas ni siapa nak jual belacan kena tengok protein..,
macamana nak tahu kandungan protein..,
bagaimana nak ukur kandungan protein lebih 25%..,
boleh ke ditimbang atau diukur oleh mata kasar ..,
ada ke sesiapa yang beli belacan ambil tahu hal ni..,
yang pasti janji bentuk macam belacan..,
dan bila buat sambal rasa memang belacan..,
tak der orang nak hirau berapa peratus kandungan protein..,
bagaimana dengan barang makanan lain..,
kicap, budu, cencalok, tempoyak..,
bagaimana pula dengan gula, susu, beras..,
berapa peratus tahap kemanisan..,
ataupun berapa peratus tahap kabohidrat.

Monday, October 19, 2009
Monday, October 12, 2009
Gaduh Melayu (Pilihanraya)
Orang Melayu, sebagaimana biasa, susah berorganisasi.
Bukannya fokus pada ikhtiar untuk mencapai tujuan dan memenangkan persaingan tetapi sebaliknya mereka gemar sekali berpolitik sesama mereka sendiri.
Tidak terima jika diperbetulkan dan ada jarang ada yang mahu menilai diri sendiri.
Di antara mereka selalu sahaja berbeza pendapat dan mereka gembira dengan pertengkaran yang tidak membina.
Tidak mengapa tujuan tidak tercapai asal tidak jatuh nama dalam perdebatan.
Dan selalu terjadi suatu gejala yang paling umum iaitu : yang paling bodoh dan paling tidak berpendidikan adalah paling lantang dan paling pintar kalau berbicara.
Jika orang Melayu membentuk sebuah pasukan maka setiap orang ingin menjadi pemimpin.
Akhirnya pasukan yang mantap tidak pernah terbentuk.
Hasil yang dibawa pulang hanya tubuh yang remuk redam.
Lasykar Pelangi-230.
Thursday, October 8, 2009
Guru Besar Di Saman
Sudah...,
tak pasal-pasal kena saman.., macam-macam la bila kita
jadi ketua.., tak semua orang akan puas hati dengan kita..,
dan kekadang kita sendiri membuat keputusan berdasarkan
peribadi bukannya profesional.
Ingatlah, bila kita berkuasa ada lagi orang yang berkuasa
daripada kita..,hidup ini tidak semestinya sentiasa di atas..,
dan kita bukan hidup berdua dengan orang yang kita tak suka
atau yang kita suka sahaja.
BERILMU BERBAKTI

Monday, October 5, 2009
Bagan Lalang
Alangkah bertuahnya penduduk setempat..,
jika semua wakil rakyat berkhidmat seperti mereka
yang mahu bertanding dalam pilahanraya..,
kebanyakkan wakil rakyat hanya muncul ketika mereka
memerlukan sesuatu setiap empat atau lima tahun sekali..,
selepas itu hilang tanpa berita tanpa dapat dikesan oleh radar..,
bagaimana mereka mampu meluangkan masa
ketika pilihan raya tetapi tidak pada masa yang lain..,
sibuk sangatkah untuk meluangkan masa seminggu sekali..,
jika tidak pun sebulan sekali..,
paling teruk pun setahun sekali..,
jika sebelum pilihanraya mereka mampu berjalan
keliling kampung sambil menyapa mesra dan bersalam-salaman..,
serta melawat orang sakit dan memberi
sumbangan kepada yang memerlukan..,
tetapi mengapa selepas pilihanraya,
tidak dilakukan perkara yang sama..,
apakah tidak ada lagi orang yang memerlukan pertolongan..,
ataupun pihak media tidak menghebahkan..,
BERKHIDMATLAH DENGAN IKHLAS

Friday, October 2, 2009
7.6 Skala Ritcher
Kejadian gempa yang berlaku di Padang Sumatera
telah dianggarkan mengorbankan 770 orang dan
angka ini akan semakin bertambah apabila banyak
lagi mayat yang tertimbus ditemui apabila usaha
menyelamat dijalankan.
Usaha menyelamat tidak hanya dilakukan oleh
pihak Indonesia sahaja tetapi dari negara yang prihatin.
Negara pertama yang sampai untuk usaha
menyelamat adalah Jepun yang kedua adalah
Korea Selatan.
Kerajaan Malaysia telah menyediakan penerbangan
pulang kepada para pelajar kita disana dan mereka
telah selamat sampai termasuk seorang yang cedera.

Thursday, October 1, 2009
Ops Sikap 20
Setipa kali musim perayaan akan diadakan,
apa yang dinamakan Ops Sikap..,
tujuannya adalah untuk mengurangan
kadar kemalangan serta kematian akibat
daripada kemalangan pada musim perayaan.
Tetapi apa yang amat menyedihkan..,
perangkaan mendapati kadar kematian dan kemalangan
meningkat berbanding musim raya tahun lepas.
pada ops sikap 20 ni telah mencatatkan
lebih 16,000 kemalangan..,
sementara lebih kurang 150,000 saman..,
dan 261 kematian dicatatkan berbanding,
208 kematian pada Ops sikap 17 ,
pada aidilfitri tahun lepas.
apa yang tidak kena dan apa sebabnya..,
PANDU DENGAN CERMAT.

Subscribe to:
Posts (Atom)