Monday, November 9, 2009

Bina Badan Vs Hoki

Tahniah buat Sazali Samad.
Buat kali kelima..,
jaguh bina badan negara Sazali Samad meraih gelaran Mr Universe.
Beliau meraih kejayaan itu..,
pada Kejohanan Bina Badan Dunia di Dubai.
Sazali Samad bertanding dalam kategori 65 kilogram.

Sementara skuad hoki negara,
hanya meraih satu menang dan satu seri..,
dalam dua perlawanan awal..,
Pada kelayakan hoki Piala Dunia..,
Malaysia hanya menang 2-1 dengan Wales.
dan hanya seri dengan pasukan Austria 2-2.
Masih ada sedikit harapan walaupun tidak cerah.

satu sukan tidak ada jurulatih khas..,
satu sukan ada pasukan khas termasuk chef.

TUNJUKKAN KESUNGGUHAN BUKAN ALASAN

Wednesday, November 4, 2009

Gerombolan Wira Merah

Setelah menanti selama 40 tahun..,
inilah masanya yang paling sesuai..,
untuk mendakap dan menyimpan Piala Malaysia..,
di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Dikhabarkan, segala jenis pengangkutan...,
menuju ke Bukit Jalil hujung minggu ini..,
motosikal,kereta, van,bas serta kapal terbang..,
semuanya kelihatan merah.

Kerajaan negeri Kelantan juga ada menawarkan sesuatu..,
pastinya sesuatu yang istimewa jika menang.

Gomo Kelate Gomo
Hoben Jang Hoben

gomolah dan hobenlah..,
jangan lupa semangat kesukanan..,
kerana antara mereka dah ada cerita lama.

Tuesday, November 3, 2009

Tanah Runtuh Lagi

Jalan tutup sehari....,
Melawatlah seorang menteri....
kajian akan diperinci..,
pembangunan akan dihenti..,
adakah itu sekadar janji..,
nasib baik tak ada yang mati..,
kalau tidak, tunding sana sini.

Sunday, November 1, 2009

Potong RM100 - Mogok

Lebih 100 orang pekerja satu syarikat pengangkutan awam di Kelantan..,
hari ini menjalankan mogok dari pukul 6 pagi hingga 12.15 tengahari..,
ini adalah disebabkan oleh gaji mereka telah dipotong RM100..,
tanpa diberikan penjelasan oleh pihak pentadbiran..,
dan diberitakan juga slip gaji mereka masih tidak diperolehi sejak bulan tujuh lagi.

Ingatkan selepas kenaikkan harga tambang perkhidmatan awam sejak Ogos lalu..,
pihak pentadbiran akan menaikkan gaji pemandu..,
ini memotong gaji para pemandu.
Maka bertambah 'baik' lah taraf pengangkutan awam di Malaysia.

Biasanya, golongan pekerja bawahan sering menjadi mangsa..,
jarang benar terdengar bunyi pekerja atasan ditindas..,
mungkin kerana bilangan atasan yang sedikit..,
mungkin mendapat segala kemudahan yang dijanjikan.

Seperti juga pemain bolasepak negeri..,
hanya pemain sahaja yang tidak dibayar beberapa bulan gaji..,
manakala pihak pengurusan tidak pula ada masalah tentang gaji.

JANGAN FIKIR DIRI SENDIRI.