Monday, August 31, 2009

MERDEKA..!! MERDEKA..!! MERDEKA..!!

Sunday, August 23, 2009

2 Dalam Tangan

syabas kepada pemain badminton negara..,
dua kejuaraan dalam tangan apabila pada
perlawanan akhir di Macau mereka
bertemu sesama sendiri.

Friday, August 21, 2009

Gula Lagi

Berapa kilo sebenarnya seseorang atau pun
syarikat dibenarkan untuk menyimpan gula..,
kerana gula merupakan barang kawalan..,
silap simpan kena saman..,kerana untuk sesuatu
kuantiti yang tertentu seseorang perlu
mempunyai lesen menyimpan gula..,

memandang musim sekarang orang
dah berlumba-lumba mencari bekalan gula
ramai yang tak tahu berapa banyak boleh disimpan..,

perlukah diadakan kupon bulanan kepada sesebuah
keluarga, berapa banyak kuantiti yang boleh dibeli setiap
bulan bergantung berapa ramai ahli keluarga..,
para peniaga pula akan mendapat bahagian
bergantung kepada apa yang dijual.

Thursday, August 20, 2009

Topeng Muka

Topeng muka barang keperluan masa kini..,
tidak dapat disangkal lagi, pada masa
kita memerlukan amat sesuatu barang, harga melambung
tinggi beberapa kali ganda.

Apakah kita tidak dapat menjangkakan
sejak dari mula wabak ini berlaku, topeng muka akan
menjadi begitu penting..,

adakah pihak yang menjaga kepentingan
pengguna tidak dapat menduga barang apa
yang akan menjadi popular .., adakah hanya akan bertindak
setelah adanya aduan demi aduan.

Tuesday, August 18, 2009

9.58

9.58 saat..,
masa yang dicatatkan oleh Usain Bolt..,
rekod kebangsaan 10.30 saat..,
kalu kira rekod dunia masa 10.30 saat
tu dibuat tahun 1930..,
sekarang tahun 2009.

Lenggeng (air)

masalah air merupakan masalah yang serius..,
sian orang kat sana sampai masuk tv tak der air..,

ye lah..,
nak masak.., membasuh.., budak2 nak sekolah..,
nak minum pun, air orang hantar bercampur
ngan diesel menurut kakak yang ditemuramah..,

yang YB pun satu hal..,
bila orang tipon tanya kenapa tak jengok kawasan..,
dia kata bukan pasal turun tak turun kawasan.,
masa pilihanraya ari tu sanggup jalan kaki,
tak panggil pun sanggup datang.., bila dah menang
macam nie lah..,

sabarlah orang Lenggeng.

Sunday, August 16, 2009

Semua Bungkus

bungkus semua bang..!!!
bila dah bungkus.., apa nak kata..,

tak der rezeki..,
tahun depan cuba lagi..,
salah strategi..,
lawan dah semakin kuat..,
bla..bla dan bla..

Bye2 HYDERABAD

Saturday, August 15, 2009

Datuk Kalah

Datuk Lee Chong Wei kalah pada kejohanan badminton dunia di India kepada pemain Indonesia Sony Dwi Koncoro.
Kalah tak mengapa, itu adat bertanding tetapi sehari sebelum perlawanan ulasan dalam
surat khabar menyatakan beliau tidak ada masalah untuk menewaskan lawan yang telah
biasa dia tentang.
Macam biasalah bila dah kalah mesti alasan mental lemah...,
ada juga melabelkan pemain kita masih lagi tahap jaguh kampung.
Mana taknya pemain no 1 dunia ( perseorangan lelaki dan bergu wanita) kita tak mencapai tahap yang sepatutnya berbanding ranking mereka.
Siapa yang harus disalahkan..,
-pemain
-jurulatih
-pegawai
-penonton
Sesuatu harus dilakukan untuk kebaikan bersama.

Monday, August 10, 2009

40% Bawa Balik

Ada orang kuat penjawat awam mengatakan
mereka hanya membawa pulang hanya 40%
pendapatan.., mana pergi yang selebihnya.

Dalam erti kata lain, bahawa gaji masih tidak
cukup ataupun perlu ditambah.., biasalah orang
timur meminta secara berhemah.

Tetapi apabila difikirkan kembali.., angka 40%
adalah wajar kerana masing2 ada membeli
kereta yang mana telah dipotong 1/3
daripada gaji.., ada pula yang membeli rumah
juga 1/3 daripada gaji.

zaman sekarang, mereka yang kerja kerajaan
pasangan mereka kebanyakan juga bekerja..,
kalau dah 40%+40%= ada la sket.

Ramai lagi orang yang memerlukan bantuan,
janganlah asyik meminta sedangkan tidak ada
perubahan walaupun telah bermacam seminar
serta kursus dihadiri.

Sunday, August 9, 2009

Harga (2)

Adalah sangat janggal apabila seseorang
dari jabatan yang berkenaan bertanyakan
berapa banyak pengeluaran dan bekalan
barang daripada pengusaha..,

Ini kerana data-data ini boleh didapati dengan
melihat berapa banyak permit yang telah
mereka keluarkan untuk mengimport ayam daging
dan anak ayam dalam masa sebulan.

sementara kementerian yang menentukan harga
kawalan pula masih tidak tahu bagaimana
untuk mengetahui harga ditentukan..,

bolehkah harga ditentukan dengan hanya bertanya
harga semasa.., dan tidak mengetahui bahawa bekalan yang
diperlukan untuk musim perayaan..

jika mereka yang terlibat dalam bidang mereka tidak
tahu, siapa lagi yang perlu dihubungi.., adakah terlalu sukar
untuk mencari maklumat.

ternyata duduk di bilik yang berhawa dingin lebih
selesa daripada mengumpul data yang diperlukan.

Tidak salah bertanya tapi jangan terlampau
menampakkan kita tidak tahu langsung kerja
yang kita buat.., sekurang-kurang bertukar-tukar
maklumat.

KERJALAH DENGAN IKHLAS.

Saturday, August 8, 2009

Harga (1)

2-3 hari yang lalu ada menerima panggilan
talipon dari sebuah jabatan yang mengendalikan
perihal haiwan.., si pemanggil menyatakan nama
beliau Siti (mungkin nama sebenar).

siti : Hello..!! Ble bercakap ngan saudara
saya : Ya saya.., ada apa
siti : saya mewakili jabatan.., nak tanya
beberapa soalan.
saya : tak ada masalah.
siti : berapa harga ayam sekilo sekarang..?
saya : harga ladang ker harga pasar..?
siti : harga pasar.
saya : tanpa kepala atau ngan kepala
siti : ble kasi semua dari harga ladang ker
harga ayam proses.
saya : bla..bla.
siti : boleh saya tahu harga telor pulak.
saya : tak der masalah.
siti : berapa harga telor sekarang..?
saya : awak nak tahu gred apa..?
siti : ada berapa gred ..?
saya : dari AA ke F.
siti : semua.
saya : harga ladang ke harga borong
siti : dua-dua
saya : bla..bla.
siti : boleh tahu harga daging..?
saya : boleh saya tahu siapa yang minta.
siti : ada orang dari kementerian yang nak menetapkan harga
barang ketika perayaan.., datang tanya harga dan
bekalan cukup ker untuk hari raya.
saya : dalam setahun orang makan ayam berapa kilo dan
setahun secara purata berapa biji seorang makan telor.
.................. .

Tuesday, August 4, 2009

Gula

makin hari makin banyak kedengaran
negara kita kekurangan bekalan gula.
Kemanakah perginya bekalan gula yang
ada dalam negara kita.

Beginilah tandanya apabila sudah semakin
hampir untuk melihat anak bulan...,
sedikit demi sedikit barang keperluan
semakin berkurangan.., akan ada lagi
barang yang berkurangan selepas ini.

Apakah tindakah daripada yang berkenaan..,
hanya menyatakan akan mengambil tindakan..,
perkara yang sama berulang saban tahun..,
semakin ditambah kakitangan semakin tidak
terbendung kejadian.

Ada yang menyatakan banyak diseludup ke
negara jiran.., dahulu masa cerita ini panas
ada juga pihak memeriksa setiap kenderaan
yang keluar dari negara tapi sekarang....

nampak gayanya pengalaman mereka yang
pandai berniaga lebih kehadapan daripada mereka
yang punyai tahap pelajaran yang tinggi.

mereka yang berpengalaman sentiasa memantau
dan mempelajari tindak tanduk mereka yang berpelajaran.
manakala yang berpelajaran hanya bekerja bila ada
siaran berita.

GUNA GULA CARA BERHEMAH

Monday, August 3, 2009

Demonstrasi

Perlukah diadakan demonstrasi di negara kita..,
apa yang sebenarnya yang kita mahu..,
apa yang kita nak perjuangkan..,
adakah itu jalan yang terakhir tidak ada lagikah
jalan penyelesaian secara rundingan serta
perbincangan.

Adakah kita memikirkan apa natijahnya pada
kemudian hari.., siapa yang mendapat manafaat..,
siapa yang menaggung kerugian..,
adakah yang menyertai tahu apa tujuan sebenarnya
atau sekadar mengikut rakan2.

Lihat sahaja di negara jiran kita.., beberapa sektor
mengalami masalah yang serius ditambah dengan
himpitan kemelesetan ekonomi.., semua sektor
berkait rapat antara satu sama lain.

Sepatutnya, hari minggu peniaga menjana pendapatan
berlipat kali ganda tetapi sebaliknya malah mengalami
kerugian harta benda.

Siapa yang paling ramai menyertainya tidak lain dari
yang berkulit sawo matang.., mana perginya lain2 kulit.
pastinya sibuk menjana kewangan.


SIAPA YANG BERKORBAN DAN TERKORBAN

Sunday, August 2, 2009

Hari Pahlawan

31 Julai Hari Pahlawan.
Berapa orang daripada kita yang ambil tahu
tentang hari tersebut, jika dibandingkan
dengan hari2 yang lain.

siapakah pahlawan yang masih kita ingati ataupun
tahu.., makna pahlawan itu bergantung kepada
siapa yang menulis sejarah.. jika kita sendiri pun
tak pasti, bagaimana dengan generasi akan datang..,

adakah lagi pahlawan pada zaman moden ni.., adakah mereka
yang layak bergelar pahlawan hanya mereka yang pergi
berperang.., bagaimana dengan doktor yang menyelamatkan
nyawa, ahli bomba yang memadamkan kebakaran.., peladang yang
menyumbang hasil makanan dan sebagainya.

pastinya pahlawan tidak hanya diigati dengan meletakkan
kalungan bunga di Tugu Negara setahun sekali pada
tarikh tersebut.

TERIMA KASIH PAHLAWAN NEGARA