Wednesday, July 29, 2009

Kg Buah Pala

Adakah kampung ini akan menjadi sejarah..,
keputusan akan diketahui minggu depan.

Siapa sebenarnya yang menjadi hero dan siapa
yang menjadi penyamun.., kes ini semacam di pandang
sepi sebab ada kes lain yang mendapat lebih perhatian.

ada pihak yang cuba lepas tangan dan ada pihak yang
mahu mengaut keuntungan sementara penduduk pula
makin tertekan menghitung hari.

ada yang kata itu adalah hukuman kepada 'kesilapan'
kerana memberi ikhsan terhadap pihak lawan.

nilai hartanah melambung, keuntungan sedang di hitung
marhain semakin murung, poket siapa yg kembung.

INGATLAH HIDUP IBARAT RODA.
MARAHLAH PADA KAMI, DAN AKIBAT DARIPADA
KEMARAHAN ITU, MATILAH KALIAN.

jawapan Ahmadinejad kepada IAEA.

Tuesday, July 28, 2009

H1N1

hari ini telah tiga kematian akibat H1N1..,
dan banyak lagi kes baru dilaporkan.,
sehingga 26hb lalu 1,124 telah dilaporkan.

kebanyakkan pusat2 pengajian tinggi telah
ditutup akibat wabak ini.., kes ini mula meningkat
sejak cuti persekolahan tempohari.., ada yang pergi
bercuti ke luar negara dan ada yang pulang bercuti.

kenapa pelajar di tempat mereka belajar dan kem
latihan dibenarkan pulang.., adakah ini langkah terbaik.
kenapa tidak perbanyakkan doktor bertugas masuk ke
tempat yang terdapatnya kes.., mungkin tak siapa mahu
mengambil risiko dengan memberi rawatan.

pakar perubatan menjangkakan wabak ini akan terus
merebak dengan pantas apabila tibanya musim sejuk
di eropah nanti.

Sekarang di negara kita, ada tempat yang hujan setiap hari.
Tidakkah ia sejuk.
Adakah H1N1 merebak dengan cepat.

NEGARA ARAB ADA KER H1N1..?

Saturday, July 25, 2009

Import Ayam

Ada pendapat mengatakan harga ayam semakin
meningkat. Apa yang menyebabkan peningkatan
harga tersebut..?

sebagai jalan penyelesaian satu cadangan telah
dikemukan untuk mengimport ayam dari negara
jiran. adakah dengan mengimport masalah akan
selesai..?

berapa hari diperlukan untuk membesarkan seekor
anak ayam bagi mencapai berat dua kilo..?

berapa kilo diperlukan dedak untuk tempoh tersebut..?

bahan apakah yang diperlukan untuk membuat dedak..?

berapakah harga bahan tersebut dipasaran sekarang..?

apakah ada lagi kos lain seperti buruh, elektrik,air,baik
pulih dan sebagainya..?

apakah dengan mengimport akan dapat memindahkan
teknologi ternakan kepada negara kita..?

bukankah negara kita kita merupakan pengeksport
ayam..?

berapa banyak industri hiliran akan menerima akibat
daripda usaha tersebut..?

adakah pengimport, orang yang benar-benar tahu
tentang selok belok perniagaan ayam..?

banyak persoalan yang nak ditanya tapi pada siapa,
kerana yang berkenaan sendiri pun masih tak
berapa pasti mampu menjawabnya.

Pertanian Satu Perniagaan.

Friday, July 24, 2009

Tangguh

Dah banyak kali satu kes ni ditangguh oleh
mahkamah.., kami yang tak berapa faham proses
kehakiman ini, melihat begitu senang
sesuatu proses ini ditangguh.., semua ini memerlukan
perbelanjaan daripada duit pembayar cukai..,
bukannya gaji dibayar mengikut kes tapi
mengikut bulan.., patutlah banyak kes mahkamah yang
tertangguhn sakit perut pun tangguh kes.

Rasa rugi bayar cukai tiap tahun.., duit diguna untuk banyak
perkara yang meragukan.., fikirlah sikit, orang yang kerja di
ladang, di laut, di bendang yang mendapat duit dari titik
peluh.., takkan orang berpelajaran mendapat duit dari kes
yang tangguh yang melibatkan banyak orang, masa dan ruang.

BERANI KERANA BENAR.

Tuesday, July 21, 2009

Akhbar kompak

dari pengamatan sendiri di kedai-kedai makan,
kedai 24 jam, kopitiam, pondok jualan akhbar dapat dirumuskan
jualan akhbar kompak lebih laris berbanding saiz akhbar
lama yang besar.

mungkin lebih menjimatkan ruang dan senang dibawa..,
mungkin juga lebih mudah dibaca ketika lampu merah
ketika memandu, ketika di dalam bas dan komuter..,
senang dibaca ketika berada di kopitiam
kerana saiz meja yang kecil dan ramai orang.

mungkin ada yang berkata saiz tidak penting berbanding berita.

Gantung Sekolah

Hukuman yang masih lagi dilakukan
pada zaman sekarang.., adakah ini jalan penyelesaian
yang terbaik pernah difikirkan.

adakah murid ini lebih menginsafi diri semasa
tempoh hukuman ataupun semakin suka dengan hukuman
yang mereka perolehi..., jika mereka masih lagi
melakukan kesalahan mereka akan dibuang sekolah.

jangan selesaikan masalah dengan menambahkan
lagi masalah. mana perginya bijak pandai kita..,
takkan hanya memikirkan isu-isu panas yang disumbat
oleh media massa sahaja.

Imigresen

Pegawai imigresen dalang di sebalik kejadian
penyeludupan manusia.., kalau dah tak boleh harapkan
pagar menjaga padi nak harapkan apa lagi.

Ini pendatang yang masuk secara tak sah
bagaimana yang masuk secara sah..,
berlambak-lambak serta
tiada pekerjaan yang heboh
tempoh hari.

mungkin ini yang dikatakan kakitangan awam
boleh kerja part-time tempoh hari semasa harga
minyak melonjak naik dahulu.

Sunday, July 19, 2009

Malaysia 2 - Man U 3

Syabas diucapkan kepada pemain Malaysia kerana
berjaya membolosi kubu pihak lawan., tetapi yang sedihnya
Malaysia hanya mempunyai beberapa kerat sahaja yang
menyokong.

Esok buktikan bahawa pasukan kita juga mampu
sekurang-kurangnya seri tidak pun hanya membenarkan
jaringan gol yang kecil.

Saturday, July 18, 2009

Tarif Elektrik Naik ?

Mulai bulan depan ..?
Ya, kalau mendapat kelulusan kabinet kita
akan mendapat hadiah bulan depan, yang dijangkakan
tidak akan membebankan pengguna domestik
ataupun industri.

Terima kasih juga diucapkan kepada mereka yang
bersusah payah mencadangkan kenaikan tersebut.

Alasan standard kenaikan harga minyak, arang batu
serta bahan lain.

Seperti biasa slogan yang akan didendangkan
'Ubah cara hidup'
'Guna secara berhemah'

Terima kasih atas ingatan., kerana selepas ini
seperti biasa akan kedengaran barang lain juga
dijangka naik harga.
Hanya masa menentukan bila
peluang kita akan hadir..,
gunakan peluang sebaik mungkin.

Thursday, July 16, 2009

Tambang Naik

mulai ogos tambang pengangkutan awam akan naik..,
terima kasih kepada pengusaha pengangkutan awam.,
tanpa mereka siapalah penumpang.

ada wakil pengusaha mengatakan sepatutnya tambang
ini naik setiap tahun 10%.., memang berbaloi-baloi.
sebabnya sekarang harga minyak tak dapat dijangka.
ye lahkan.. apasalah penumpang tak boleh nak fikir..,
kesian para pengusaha kan.

kalau dahulu semasa harga beras mahal ada pihak
yang cadangkan kita makan ubi kayu dan juga
kurangkan makan nasi.., kali ni apa pula kaedah
penyelesai agaknye.., (sedang berfikir).............

adakah perkhidmatan semakin baik.., jangan janji tinggal
janji sudahlah.

Malaysia vs Zimbabwe

lawan sekali menang 4-0.,
lawan dua kali menang 1-0..,
kalau lawan sekali lagi, agak-agak menang ker..,

agak-agak kat mana salahnya.., kita yang semakin lemah
atau lawan yang semakin kuat.

atau dah menang terus balik tidur sementara lawan pula
sentiasa muhasabah diri mencari mana silap dan kurang.

Tuesday, July 14, 2009

Bas

Hari semalam adalah pertama kali dalam hidup anak sulong kami
yang berusia enam tahun menaiki bas.
sekurang-kurang pernah juga lah dia naik bas, walaupun hanya
mengambil masa 30 minit sahaja dari sekolah ke destinasi yang di tuju.

Harap banyak lagi kenderaan yang selalu dia tengok, dapat dia naik.

Monday, July 13, 2009

Man U

Semoga mereka yang berada di MANik Urai telah membuat keputusan siapa yang bakal dipilih untuk mewakili mereka sebagai yang berhormat.., janganlah memilih kerana terpengaruh dengan cakap2 orang.., tetapi pilihlah mereka yang boleh membuat kerja.

Pilihan di tangan anda.

SELAMAT MENGUNDI

Friday, July 10, 2009

Takraw

kalah dengan Korea dan Indonesia Piala Raja Thai. Ada yang meyatakan teruk sangatkah keputusan sehingga dihentam sedemikian rupa. Sekurangnya skuad negara masih membawa pulang pingat perak dan gangsa.

nampaknya, sukan negara akan terus tenggelam punca tak kira pa jua jenis sukan yang dahulunya kita begitu gah. kenapa sukan negara begitu merudum, hanya orang2 yang terlibat sahaja yang tahu.

kita mempunyai banyak kemudahan sukan, stadium, sekolah sukan, jurulatih dan macam macam lagi.., tapi hasilnya sungguh 'membanggakan'.

kalau di Bangkok,Thailand kita boleh lihat takraw ni dah jadi sebahagian aktiviti harian penduduk lelaki disana. Di tengah bandar, andai ada masa terluang mereka main takraw. Ada secara bulatan dan ada juga memasang tali rafia untuk dibuat jaring tak kira pagi tegahari atau petang,itu permandangan biasa di sana.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

PPSMI

mansuh 2012.., bagus ke tu.., anak kitaorang akan darjah tiga dan seorang lagi darjah dua. Secara peribadi PPSMI nie memang bagus kerana banyak perkataan yang yang tak perlu diterjemahkan secara terus kepada bahasa melayu.

apsal tak dihentikan terus tahun depan.., sebab masa mula2 dibuat dulu hanya mengambil masa selama setengah tahun sahaja.., kenapa sekarang baru nak bertindak. teruk sangatkah keputusan peperiksaan budak-budak sekarang.

termertabatkah bahasa melayu kerana apabila dimansuhkan PPSMI dua subjek ini akan diajar dalam bahasa ibunda masing2 (melayu, cina, india).., mana perginya pejuang bahasa melayu.., hidup ini diselubungi banyak misteri...kerana kita sendiri pun tak tahu ada ker udang disebalik batu.

banyak lagi cara untuk meningkatkan martabat bahasa.., apsal tak jadikan hanya satu sekolah sahaja di Malaysia. Adakah taraf kesusasteraan (novel,lagu,sajak,drama dll) melayu kita telah melepasi tahap peringkat nusantara. Kekadang kita hanya memikirkan masalah tanpa memikirkan punca masalah.

jangan jadikan pendidikan anak2 yang sedang bersekolah seperti bolasepak Malaysia sekejap semi pro.., sekejap pro.., pas tu tak ada pemain import.., dalam kebanyakkan keputusan biasanya akan memihak kepada siapa yang pandai berhujah dan berkuasa.

Semoga anak2 kami yang belajar sekerat jalan PPSMI tidak akan menerima musibah daripada cerdik pandai lagi bijaksana, agar hang nadim tidak teraniaya.

Kata2 tanpa perlaksanaan adalah kianat kepada perjuangan-rendra

Wednesday, July 8, 2009

Tidak semua yang kita mahu kita dapat,
tidak semua yang kita tak mahu kita tak dapat.

Monday, July 6, 2009

Pengenalan

Agak lama memikirkan apa nak tulis mula-mula ni.., macam buat karangan semasa di alam persekolahan juga lah layaknya.., masa cikgu bagi tajuk bebas.., mahu berpeluh gak memikirkan apalah topik yang nak ditulis.

Mula-mula nak ucapkan terima kasih kepada isteri tersayang sebab bersusah payah membuat blog ni.., kemudian kepada sesiapa yang sudi membacanya.

Mungkin blog ini akan membicarakan tentang sejarah diri sendiri, isu-isu semasa, keluarga dan lain-lain perkara yang difikirkan sesuai.

Sebarang pandangan dan juga pendapat hanyalah pendapat dan pandangan penulis sendiri tak ada kena mengena dengan individu lain. Jika ada yang tersentuh mohon ampun walau dari sesiapa sahaja yang terguris dan terasa.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.