Wednesday, January 20, 2010

Muflis

Berita yang agak menyedihkan bagi seorang ibu apabila diisytiharkan  muflis apabila seseorang menggunakan kad pengenalan beliau yang hilang untuk membeli kereta yang bernilai lebih RM160,000.

Mengapakah kakak ini yang dimufliskan akibat kesilapan orang lain.., apakah pihak bank tidak membuat siasatan apabila seorang peminjam untuk membuat pinjaman. Kenapa pihak bank tidak mengambil tindakan terhadap penjual kereta yang menjadi orang tengah.

Terlalu banyak prosuder yang perlu dilakukan untuk membuat pinjaman melebihi 100k.., slip gaji, borang EA, penyata KWSP, pengesahan dari majikan, pengesahan dari pasangan dan sebagainya.

Apakah komplot yang sebegini sering berlaku dan untuk membuat jalan pintas pihak bank mencari penama tanpa merujuk kepada silap sendiri. Banyak pihak yang telah menjadikan orang lain susah untuk menyenangkan diri sendiri.

Thursday, January 14, 2010

40,000 Orang India Hilang

Hampir 40,000 orang dari negara India yang datang ke Malaysia telah didapati 'hilang' dan tidak dapat dikesan. Mereka yang hilang adalah mereka yang masuk secara sah, itu belum dikira jika ada yang masuk secara tidak sah lagi.

Adakah mereka ini terlalu cekap di tempat yang masih lagi hijau kepada mereka sehinggakan pihak yang berkenaan yang dilahirkan dan dibesarkan serta dilatih mengenai selok belok di negara ini tidak mampu mengesan mereka.

Mungkin untuk mencari 40,000 orang di antara warga yang menghampiri 28 juta orang penduduk agak sukar.

Itu baru orang India, belum lagi dari negara China, Indonesia, Thailand, Myanmar, Vietnam, Kemboja, Filipina, Bangladesh , Nepal, Pakistan, Afrika dan sikit-sikit dari negara lain.

Kalau satu negara dah 40k orang, jika 10 negara dah berapa.

Apakah mencari mereka yang hilang ini sesukar mencari seekor semut hitam diatas batu hitam di malam yang gelap gelita.

Apa sebenarnya yang tak kena?

Tuesday, January 5, 2010

20 sen = RM0.20

Sempena malam tahun baru..,
harga gula telah dinaikkan sebanyak 20 sen sekilo..,
maka pada siang nya pula kebanyakkan harga minuman
 yang selalu dibelidengan harga RM1 secawan..,
 telah dinaikkan menjadi RM1.20.

Ada yang bersungut..,
 ada buat tak tahu sahaja..,
 kerana pada perkiraan pembeli
lambat laun harga tetap akan dinaikkan..,
hanya masa yang menentukan.

Ada yang mengatakan kenaikkan harga gula yang tak seberapa,
 tak menjejaskan harga pasaran barangan yang berkaitan dengan gula..,
 tetapi jika dilihat misalnya,
dalam air minuman bukan semata-mata gula yang mereka gunakan.
Perasa yang mereka gunakan ada mengandungi gula..,
 jika harga gula meningkat tak kan bahan perasa,
 yang pelbagai tidak dinaikkan harga..,
siapa yang mahu rugi.

Semoga tujuan pihak yang berkenaan ,
untuk mengurangkan penggunaan gula setiap rakyat tercapai.

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Semoga tahun baru, dengan azam yang baru..,
akan tercapai sebelum tahun baru yang akan datang.